Kursus Kualiti Udara Dalaman (Indoor Air Quality)

Kursus Kualiti Udara Dalaman Indoor Air Quality

Kursus yang telah diadakan pada 5 Oktober 2017 bertempat di Bilik Latihan Seri Teratai Aras 1, Kompleks Pejabat Pendaftar. Kursus separuh hari tersebut dikendalikan oleh Prof. Madya Engr. Dr. Abdul Mutalib Bin Leman dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan dengan dibantu oleh beberapa orang pelajar Pasca-Siswazah dibawah seliaan beliau.

Kursus ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 60 orang peserta daripada Sembilan Pusat Tanggungjawab yang dijemput.

Objektif utama penganjuran kursus ini adalah untuk memberikan kesedaran serta penerangan kepada warga kampus, khususnya yang terlibat secara langsung dengan kerja-kerja di lokasi yang kedap udara dalam jangkamasa yang panjang, mengenai kepentingan mengambil peduli mengenai tahap pengudaraan di persekitaran lokasi pekerjaan.

Meskipun dalam masa yang agak singkat, namun penganjuran kursus ini telah dapat membuka mata para peserta kursus akan kepentingan untuk memastikan sistem pengudaraan di lokasi kerja seharian berada pada tahap yang baik dan tidak membahayakan.

  • Hits: 961
Occupational Safety, Health and Environment Office,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor
Phone: +6 (07) 453 7228 / 7732
Fax: +6 (07) 453 7639
email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

"Safety Starts Here"