Skip to main content

   BAHAGIAN KESIHATAN PEKERJAAN DAN BIOKESELAMATAN (BKPB)   

PENGENALAN:

Bahagian Kesihatan Pekerjaan dan Biokeselamatan (BKPB) merupakan salah satu bahagian di bawah Pejabat Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) yang bertanggungjawab dalam memastikan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan terkawal khususnya melibatkan pendedahan kepada hazard pekerjaan merangkumi risiko bahan kimia, bunyi bising, ergonomik dan biologi.

Bahagian ini juga berperanan dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan program berkaitan kesihatan pekerjaan serta pengurusan biokeselamatan bagi melindungi warga universiti daripada risiko kesihatan dan penyakit pekerjaan serta pendedahan kepada bahan kimia serta agen biologi berbahaya.

Selaras dengan keperluan perundangan serta amalan terbaik, bahagian ini komited dalam membudayakan persekitaran kerja yang selamat melalui pendekatan pencegahan, pemantauan berterusan dan peningkatan kesedaran dalam kalangan staf dan pelajar.

SKOP FUNGSI BAHAGIAN:

1. Pengurusan Kesihatan Pekerjaan

  • Merancang dan melaksanakan program kesihatan pekerjaan termasuk pemeriksaan kesihatan berkala ( medical surveillance ) di kalangan staf UTHM.
  • Menilai dan memantau pendedahan pekerja terhadap hazard seperti kimia, bunyi bising, ergonomik dan biologi.
  • Menyelaras pengurusan kes penyakit pekerjaan serta pelaporan kepada pihak berkaitan.
  • Memberi khidmat nasihat berkaitan kesihatan pekerjaan dan kesejahteraan pekerja.
  • Memastikan pematuhan kepada garis panduan dan perundangan berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

2. Pengurusan Biokeselamatan dan Biosekuriti

  • Memantau aktiviti yang melibatkan penggunaan bahan atau agen biologi di universiti.
  • Memastikan pematuhan kepada garis panduan dan perundangan berkaitan biokeselamatan dan biosekuriti.
  • Menyelaras penilaian risiko biologi ( biological risk assessment ) serta pelaksanaan kawalan yang bersesuaian.
  • Mengurus pelaporan, penyimpanan dan pelupusan bahan biologi secara selamat dan pelaporan kepada pihak berkaitan.

4. Latihan dan Pembangunan Kompetensi

  • Merancang dan melaksanakan latihan berkaitan kesihatan pekerjaan dan biokeselamatan kepada staf dan pelajar.
  • Meningkatkan tahap kesedaran dan kompetensi melalui program pendidikan, seminar dan kempen keselamatan.
  • Menyediakan panduan dan prosedur kerja selamat ( SWP ) yang berkaitan.

5. Pemantauan, Pemeriksaan, audit dan Penambahbaikan

  • Melaksanakan pemeriksaan dan audit berkala di tempat kerja terutama kawasan yang berisiko.
  • Mengenal pasti ketidakpatuhan serta mencadangkan langkah penambahbaikan.
  • Memantau keberkesanan langkah kawalan risiko yang dilaksanakan.

PAUTAN:

Today's scientists have substituted mathematics for experiments, and they wander off through equation after equation, and eventually build a structure which has no relation to reality.

Inventor

Nikola Tesla