Skip to main content

   PUSAT PENGURUSAN KIMIA  
  (Chemicals Management Centre, CMC)  


Pengenalan:

Pusat Pengurusan Kimia (CMC) adalah satu pusat kawalan bersepadu pengurusan bahan kimia di UTHM. CMC ditubuhkan pada 1 Januari 2026.


VISI CMC:

Menjadi pusat rujukan utama dalam pengurusan bahan kimia yang selamat, sistematik dan mematuhi perundangan serta kelestarian Universiti


MISI CMC:

1. Merancang, mengawal selia dan menyelaraskan perolehan bahan kimia secara berpusat bagi meningkat kecekapan dan mengoptimumkan kos serta sumber Universiti.

2. Menguruskan pelupusan bahan kimia secara selamat dah teratur, merangkumi sisa kimia makmal dan sisa klinikal di Universiti

3. Memperkasa tadbir urus CMC UTHM melalui pengiktirafan dan pensijilan profesional.

4. Memangkin pematuhan terhadap perundangan, peraturan dan standard keselamatan dalam pengurusan risiko bahan kimia di Universiti. 


OBJEKTIF KUALITI CMC:

1. Memproses permohonan perolehan bahan kimia dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dengan pencapaian 100% pematuhan.
2. Melaksanakan pelupusan buangan terjadual sisa kimia sekurang-kurangnya dua (2) sesi setahun dengan pencapaian 100% pematuhan perundangan.
3. Memberi khidmat latihan berkaitan pengurusan dan pengendalian bahan kimia kepada staf sekurang-kurangnya lima (5) kali setahun.
4. Membantu pengoperasian makmal dan pengendalian bahan kimia mematuhi prosedur, standard keselamatan dan amalan makmal terbaik yang ditetapkan.
5. Melaksanakan penambahbaikan berterusan dalam Sistem Pengurusan Kualiti bagi meningkatkan kecekapan operasi dan mutu perkhidmatan CMC.

FUNGSI CMC:

1. Penyelarasan Pengurusan Pengendalian Bahan Kimia di Universiti.

2. Penyelarasan Ruang dan Tempat Pengendalian Bahan Kimia di Universiti.

3. Pengurusan Perolehan Bahan Kimia di Universiti.

4. Koordinasi Sistem Data Berpusat Bahan Kimia di Universiti.

5. Penyelarasan Program Pelupusan Buangan Terjadual Universiti.

6. Pengurusan Tempat Penyimpanan Buangan Terjadual di Universiti

7. Pengurusan ERP berkaitan Tumpahan Bahan Kimia.

8. Sokongan Pematuhan Keperluan Perundangan Berkaitan Bahan Kimia di Universiti


Pautan: