PUSAT PENGURUSAN KIMIA
(Chemicals Management Centre, CMC)
(Chemicals Management Centre, CMC)
Bahagian Pengurusan Bahan Kimia adalah Bahagian yang ditubuhkan bagi memastikan pengurusan bahan kimia universiti mematuhi peraturan-peraturan berkaitan dengan pengurusan risiko bahan kimia universiti. Semua prosedur yang digunakan dalam BPBK adalah berdasarkan rujukan keperluan perundangan, iaitu dari perolehan bahan kimia sehingga pelupusan sisa kimia (cradle to grave).
Selain daripada itu, Bahagian ini memastikan penyampaian maklumat dan komunikasi pengurusan bahan kimia disediakan oleh setiap Pusat Tangungjawab (PTj) yang mempunyai bahan kimia berbahaya. BPBK sentiasa merancang keperluan penyampaian maklumat berkesan melalui ceramah, seminar, kursus, nasihat, perbincangan terbuka, dan potensi latihan–latihan secara atas talian dan bersemuka dibuat bagi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan bahan kimia kepada setiap warga universiti.
1.PENYELARASAN PENGURUSAN PENGENDALIAN BAHAN KIMIA DI UNIVERSITI
2.PENYELARASAN RUANG DAN TEMPAT PENGENDALIAN BAHAN KIMIA DI UNIVERSITI
3.PENGURUSAN PEROLEHAN BAHAN KIMIA DI UNIVERSITI
4.KOORDINASI SISTEM DATA BERPUSAT BAHAN KIMIA DI UNIVERSITI
5.PENYELARASAN PROGRAM PENGURUSAN SISA KIMIA DAN SISA KLINIKAL DI UNIVERSITI
6.PENGURUSAN TEMPAT PENYIMPANAN BUANGAN TERJADUAL DI UNIVERSITI
7.PENYELARASAN PROGRAM PELUPUSAN BUANGAN TERJADUAL DI UNIVERSITI
8.PENGURUSAN ERP BERKAITAN TUMPAHAN BAHAN KIMIA
9.SOKONGAN PEMATUHAN KEPERLUAN PERUNDANGAN BERKAITAN BAHAN KIMIA DI UNIVERSITI