Skip to main content

BAHAGIAN PENGURUSAN BAHAN KIMIA

PENGENALAN:

Bahagian Pengurusan Bahan Kimia adalah Bahagian yang ditubuhkan bagi memastikan pengurusan bahan kimia universiti  mematuhi peraturan-peraturan berkaitan dengan pengurusan risiko bahan kimia universiti. Semua prosedur yang digunakan dalam BPBK adalah berdasarkan rujukan keperluan perundangan, iaitu dari perolehan bahan kimia sehingga pelupusan sisa kimia (cradle to grave).

 

Selain daripada itu, Bahagian ini memastikan penyampaian maklumat dan komunikasi pengurusan bahan kimia disediakan oleh setiap Pusat Tangungjawab (PTj) yang mempunyai bahan kimia berbahaya. BPBK sentiasa merancang keperluan penyampaian maklumat berkesan melalui ceramah, seminar, kursus, nasihat, perbincangan terbuka, dan potensi latihan–latihan secara atas talian dan bersemuka dibuat bagi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan bahan kimia kepada setiap warga universiti.

 

FUNGSI & TANGGUNGJAWAB:

  • Menjadi pusat pengumpulan data dan maklumat keperluan bahan kimia di Universiti.
  • Menyediakan dan merancang pelan tindakan kecemasan (ERP) berkaitan tumpahan bahan kimia universiti.
  • Memastikan segala keperluan perundangan dalam perolehan bahan kimia dipatuhi dengan sistem semakan dan penilaian yang lebih cekap.
  • Memberi latihan, SOP atau taklimat berkaitan pengendalian bahan kimia
  • Menyediakan dan menyelaras tempat penyimpanan bahan kimia dan bahan buangan terjadual dan sisa klinikal berpusat supaya sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan sihat.