Skip to main content

   BAHAGIAN PERSEKITARAN DAN PENGURUSAN KKP   

PENGENALAN:

Bahagian Persekitaran dan Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (BPPKKP) memainkan peranan penting dalam memastikan pematuhan universiti terhadap kehendak perundangan serta amalan terbaik dalam pengurusan alam sekitar, keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Bahagian ini bertanggungjawab melaksanakan pelbagai fungsi utama termasuk penyediaan latihan, pembangunan garis panduan, serta pemberian khidmat nasihat profesional berkaitan pematuhan perundangan di bawah bidang kuasa alam sekitar dan keselamatan pekerjaan.

Pelaksanaan tanggungjawab ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan peraturan-peraturan berkaitan seperti Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, serta perundangan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Melalui pendekatan yang strategik dan menyeluruh, BPPKKP komited dalam mewujudkan persekitaran kampus yang selamat, sihat dan lestari, seterusnya menyokong kelestarian operasi dan kesejahteraan seluruh warga universiti.

FUNGSI & TANGGUNGJAWAB:

1. PENYEDIAAN LATIHAN, GARIS PANDUAN DAN PENASIHATAN  BERKAITAN PEMATUHAN PERUNDANGAN ALAM SEKITAR
2. PEMERIKSAAN, PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN KE ATAS PEMATUHAN PERUNDANGAN BERKAITAN PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL, KUALITI UDARA, AIR, TANAH DAN KUMBAHAN
3. PENGURUSAN ERP UNIVERSITI
4. PENYELARASAN SLO UNIVERSITI
5. PENGURUSAN NADOPOD
6. PENGURUSAN AUDIT DAN PTK
7. PEMANTAUAN PENGANJURAN MAJLIS DALAM UNIVERSITI
8. PENYELARASAN GARIS PANDUAN DAN PROSEDUR OSHE

PAUTAN:

"Conversation is a state of harmony between men and land"

Environmentalist.

Aldo Leopold