Skip to main content

BAHAGIAN PERSEKITARAN

PENGENALAN:

Bahagian Persekitaran bertanggungjawab melaksanakan pengauditan alam sekitar universiti dan memberi khidmat nasihat profesional berkaitan pematuhan undang-undang serta peraturan-peraturan yang berkaitan bagi memastikan segala aktiviti dalam kampus mematuhi keperluan Akta Kualiti Alam Sekeliling (Akta 127) dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia.

FUNGSI & TANGGUNGJAWAB:

 - Penyediakan latihan, garis panduan dan taklimat berkaitan pematuhan undang-undang alam sekitar bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman warga kampus terhadap tanggungjawab persekitaran.
 - Pemeriksaan, pemantauan dan penguatkuasaan ke atas pengurusan buangan terjadual, operasi scrubber dan aspek-aspek persekitaran bagi memastikan pengurusan yang selamat dan berkesan.
 - Penguatkuasaan dalam pematuhan terhadap perundangan kualiti udara melalui pemeriksaan, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan ke atas aktiviti yang berpotensi menjejaskan kualiti udara kampus.
 - Pemeriksaan, pemantauan dan penguatkuasaan terhadap pematuhan perundangan pengurusan kumbahan bagi memastikan kesihatan awam dan kelestarian persekitaran terpelihara.

PAUTAN:

"Conversation is a state of harmony between men and land"

Environmentalist.

Aldo Leopold