Kursus Juruaudit Dalam OSH Sistem Pengurusan OHSAS 18001 & MS 1722
Kursus tersebut telah diadakan pada 2 hingga 4 Oktober 2017 bertempat di Bilik Latihan Seri Teratai Aras 1, Kompleks Pejabat Pendaftar. Kursus telah dihadiri oleh seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada staf Bahagian OSHE,
Safety Liaison Officer (SLO) Pusat-pusat Tanggungjawab (PTj) serta staf yang terlibat dengan pengajaran dan pembelajaran berkaitan OSH.
Berbeza dengan kursus Juruaudit Dalaman yang telah dilaksanakan sebelumnya, ianya menekankan kepada beberapa bentuk latihan dalaman serta perkongsian pengalaman audit bersama fasilitator, Manogaran Manickam, dari QEHS Lead Auditor, mempunyai pengalaman luas dalam bidang auditan di beberapa organisasi di seluruh negara.
Pendedahan berkaitan OSH Management System OHSAS 18001 & MS 1722 adalah julung kali diadakan di peringkat UTHM. Ianya merupakan salah satu usaha pihak Bahagian Persekitaran, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHE) untuk memastikan pematuhan terhadap Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 dapat dilakukan serta dapat difahami sepenuhnya oleh pihak yang bertanggungjawab untuk melaksanakan penguatkuasaan.
- Hits: 1973